MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN BOLA BALING MSSM BIL.1/2013
Alor Setar 12 Mei 2013 - Mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Baling MSSM Bil.1/2013 telah dilaksanakan pada 12 hingga 14 Mei 2013 yang lalu bertempat di Hotel Regency, Alor Setar, Kedah.
Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamaruzzaman Mohamad selaku Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Baling MSSM dan dihadiri oleh semua Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Baling Negeri dari seluruh negara. Pada mesyuarat tersebut juga telah diadakan semakan Peraturan Bola Baling MSSM 2013 dan juga sesi pengundian kumpulan.