Arena Futsal Majlis Daerah Sik
(AFMDS) merupakan sebuah kompleks futsal terletak di tengah-tengah kawasan
penempatan Bandar Baru Beris Jaya iaitu kira-kira 10km dari pekan Sik dan dibuka
secara rasminya pada 15 November 2016 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Belantek,
Yang Berhormat Dato’ Mohd Tajudin bin Abdullah. AFMDS ditadbir dan diurus selia
sepenuhnya oleh Majlis Daerah Sik, pihak berkuasa tempatan yang
bertanggungjawab di dalam mentadbir urus daerah Sik.
Pada asalnya, tapak AFMDS ini
merupakan sebuah stadium mini yang dibina khas bagi sukan bola sepak yang lengkap dengan sebuah astaka dan tempat duduk penonton.
Walaubagaimanapun, pembinaannya yang tidak menepati saiz, spesifikasi serta
standard untuk sesuatu pertandingan bola sepak telah memaksa Majlis Daerah Sik
melakukan transformasi daripada sebuah padang bola sepak kepada sebuah dewan
futsal.
Bagi Kejohanan Bola Baling
MSSM 2016 ini, sebuah gelanggang yang diiktiraf Persatuan Futsal Dunia (AMF) dan bertaraf FIFA yang menepati piawai,
ukuran dan keluasan sebenar dijadikan sebuah gelanggang pertandingan bola
baling peringkat kebangsaan. Manakala bagi mewujudkan sebuah lagi gelanggang pertandingan,
pihak jawatankuasa pengelola kejohanan telah mengambil inisiatif dengan
mengubah suai tiga buah gelanggang sedia ada.