SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA BALING MSSM, BAHAGIAN PENDIDIKAN SUKAN & SENI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Monday 15 June 2015

Suka-suka urusetia Kejohanan MSSM Bola Baling 2015

Di sebalik pelaksanaan sesuatu program, adalah orang-orang balik tirai yang bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar. Mmg susah nak puaskan hati semua orang. Tapi apa yang disediakan mmg cukup-cukup memuaskan hati semua pihak. Dari maklumbalas yang diperolehi, tempat penginapan patut diberi puji.. high class katenye. Penginapan adalah yang terbaik dari kejohanan sebelum. Teruskan kecemerlangan dari segi pentadbiran dan pelaksanaan anda. Semoga kita berjumpa lagi di edisi yang akan datang. Terima kasih daun keladi, lain hari ketemu lagi.









Dream Team... Malaysian Handball


Setelah selesai penyampaian hadiah, agenda diteruskan dengan penamaan calon untuk 'Dream Team'. Ini adalah bakal pemain yang akan mewakili Malaysia suatu hari nanti. Potensi pemain dinilai di sepanjang kejohanan berlangsung. tahniah adik-adik.. Teruskan usaha untuk terus cemerlang!







Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan MSSM Bola Baling 2015

Penyampaian hadiah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan negeri Pulau Pinang dan bacaan doa. Kata aluan disampaikan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPPP, Tn Haji Izmi bin Haji Ismail. Penutupan tirai kejohanan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Roslan bin Saidin. ADUN Pinang Tunggal, Kepala Batas.







Penyampaian hadiah bagi kategori Bawah 12 tahun telah disampaikan oleh Dr, Zuber bin Hasan, Ketua Sektor Pendidikan Sukan, Bahagian Sukan, KPM. Tahniah diucapkan kepada pemenang.








Bagi kategori bawah 18 tahun, penyampaian hadiah oleh YBhg. Dato' Roslan bin Saidin, ADUN Pinang Tunggal, Kepala Batas. Syabas kepada pemenang dan semua yang terlibat!










Perlawanan Akhir 12 Jun 2015

Tibalah hari terakhir kejohanan.. perlawanan akhir diadakan pada jam 8.00 pagi. Dimulakan dengan perlawanan akhir kategori P18 di antara Johor lwn Terengganu. kemudian, perlawanan akhir L18 di antara Selangor lwn Pahang.















Keputusan:
Johor lwn Terengganu (P18) 7-12
Selangor lwn Pahang (L18) 11-15

Coretan 11 Jun 2015

Separuh Akhir Kategori Bawah 18 Tahun (Lelaki & Perempuan) diadakan di Kompleks Sukan Komuniti, Pinang Tunggal. Perlawanan semakin sengit... mutu permainan juga meningkat bagi semua pasukan. Satu progress yang baik!













Tempat ketiga ke keempat juga dijalankan pada sebelah petang....

KELANTAN VS PERAK (P18) 10-11
PERAK VS TERENGGANU (L18) 20-14