SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA BALING MSSM, BAHAGIAN PENDIDIKAN SUKAN & SENI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Monday 8 June 2015

TAKLIMAT PENGADIL DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN MSSM BOLA BALING 2015

Kejohanan MSSM Bola Baling bagi tahun 2015 diadakan mulai 7 hingga 12 Jun 2015 di Pulau Pinang. JPN Pulau Pinang diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh Bahagian Sukan sebagai pengelola kejohanan MSSM penggal dua ini, Selain bola baling, sukan yang turut dikelolakan oleh JPN Pulau Pinang adalah golf dan catur.

Sebelum kejohanan bermula, satu taklimat pengadil telah diadakan pada 6 Jun 2015 jam 9.00 pagi di Bilik Kuliah BTPN Pulau Pinang. Seramai 47 orang pengadil termasuk 4 orang pegawai teknik yang dilantik hadir menghadiri taklimat tersebut. Tn Haji Kamaruzaman Mohamed selaku PTPS Kebangsaan Bola Baling mempengerusikan mesyuarat tersebut.




Mesyuarat Pengurus Pasukan juga diadakan pada 6 Jun 2015 jam 9.00 malam di BTPN Pulau Pinang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Sukan, Pulau Pinang En Abd Halim bin Ibrahim.






No comments:

Post a Comment