SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA BALING MSSM, BAHAGIAN PENDIDIKAN SUKAN & SENI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Wednesday 24 February 2016

Venue MSSM 2016: Arena Futsal Majlis Daerah Sik

Arena Futsal Majlis Daerah Sik (AFMDS) merupakan sebuah kompleks futsal terletak di tengah-tengah kawasan penempatan Bandar Baru Beris Jaya iaitu kira-kira 10km dari pekan Sik dan dibuka secara rasminya pada 15 November 2016 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Belantek, Yang Berhormat Dato’ Mohd Tajudin bin Abdullah. AFMDS ditadbir dan diurus selia sepenuhnya oleh Majlis Daerah Sik, pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab di dalam mentadbir urus daerah Sik.

Pada asalnya, tapak AFMDS ini merupakan sebuah stadium mini yang dibina khas bagi sukan bola sepak yang lengkap dengan sebuah astaka dan tempat duduk penonton. Walaubagaimanapun, pembinaannya yang tidak menepati saiz, spesifikasi serta standard untuk sesuatu pertandingan bola sepak telah memaksa Majlis Daerah Sik melakukan transformasi daripada sebuah padang bola sepak kepada sebuah dewan futsal.


Bagi Kejohanan Bola Baling MSSM 2016 ini, sebuah gelanggang  yang diiktiraf Persatuan Futsal Dunia (AMF) dan bertaraf FIFA yang menepati piawai, ukuran dan keluasan sebenar dijadikan sebuah gelanggang pertandingan bola baling peringkat kebangsaan. Manakala bagi mewujudkan sebuah lagi gelanggang pertandingan, pihak jawatankuasa pengelola kejohanan telah mengambil inisiatif dengan mengubah suai tiga buah gelanggang sedia ada.






No comments:

Post a Comment