Monday, 8 June 2015
HARI KEDUA 8 JUN 2015 (ISNIN)
Hari kedua Kejohanan MSSM Bola Baling 2015 pada 8 Jun 2015. Pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Komitmen jurulatih dan pegawai kejohanan seharusnya diberi pujian. Syabas dan teruskan memburu kejayaan!!
HARI PERTAMA KEJOHANAN 7 JUN 2015
Hari Pertama - 7 Jun 2015 (Ahad)
Antara aksi-aksi pasukan Bawah 12 Tahun dalam perlawanan pada hari pertama di Kompleks Sukan Komuniti, Pinang Tunggal.
Antara aksi-aksi Pasukan Bawah 18 Tahun Lelaki di Safira Sports Planet, Seberang Jaya
TAKLIMAT PENGADIL DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN MSSM BOLA BALING 2015
Kejohanan MSSM Bola Baling bagi tahun 2015 diadakan mulai 7 hingga 12 Jun 2015 di Pulau Pinang. JPN Pulau Pinang diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh Bahagian Sukan sebagai pengelola kejohanan MSSM penggal dua ini, Selain bola baling, sukan yang turut dikelolakan oleh JPN Pulau Pinang adalah golf dan catur.
Sebelum kejohanan bermula, satu taklimat pengadil telah diadakan pada 6 Jun 2015 jam 9.00 pagi di Bilik Kuliah BTPN Pulau Pinang. Seramai 47 orang pengadil termasuk 4 orang pegawai teknik yang dilantik hadir menghadiri taklimat tersebut. Tn Haji Kamaruzaman Mohamed selaku PTPS Kebangsaan Bola Baling mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Pengurus Pasukan juga diadakan pada 6 Jun 2015 jam 9.00 malam di BTPN Pulau Pinang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Sukan, Pulau Pinang En Abd Halim bin Ibrahim.
Subscribe to:
Posts (Atom)