SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA BALING MSSM, BAHAGIAN PENDIDIKAN SUKAN & SENI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Thursday 6 June 2013

HARI KELIMA - 6 JUN 2013

Pasukan Selangor ...warmingup sebelum memasuki gelanggang...
 Kejohanan Bola Baling MSSM 2013 melangkah masuk hari kelima. Ini bermakna hanya tinggal sehari sahaja lagi kejohanan akan berlangsung sebelum tirai dilabuhkan untuk tahun 2013 ini. Pada hari ini telah diadakan perlawanan bagi separuh akhir. Kesemua pasukan yang layak ke pusingan separuh akhir ini kelihatan berhempas pulas bagi melayakkkan ke peringkat akhir yang akan diadakan pada petang ini dan esok.

Pada perlawanan pertama pagi ini bagi kategori B12P, Selangor telah menewaskan Sabah dengan kedudukan 12 berbalas 9. Negeri Sembilan pula terpaksa akur dengan kekuatan Perak selepas ditumpaskan dengan kedudukan mata 7-3. Ini bermakna pasukan Selangor akan berentap dengan pasukan Perak dalam pusingan akhir yang dijadualkan pada jam 3:00 petang ini.

Selain itu pula, bagi kategori B12L, pasukan tuan rumah akhirnya berjaya menampa tempat ke peringkat akhir esok untuk bertemu dengan pasukan Selangor setelah berjaya menumpaskan Sabah 19 berbalas 16. Sabah atau Kelantan pula sekadar mampu untuk mendapat tempat ketiga sekiranya negeri tersebut menang pada perlawanan petang ini.

Sedia...Pasukan B18P Pahang bersedia melangkah memasuki gelanggang...

Perak tetap menunjukkkan belang bagi kategori B18P apabila negeri ini sekali lagi berjaya menempah tempat ke pusingan akhir untuk bertemu Terengganu. Pada perlawanan yang dilangsungkan tengahari tadi pasukan Perak berjaya membenam Pahang dengan kedudukan 14-7. Sementara itu pula Johor akur dengan kekuatan Terengganu setelah dikalahkan 8-11.



Selangor terpaksa menerima kekalahan dengan Pahang


" Yang muda disayangi...yang tua dihormati..."

Pada tahun ini negeri Perak dianggap sebagai pasukan handal apabila berjaya menempah tempat ke pusingan akhir kecuali bagi kategori B12L. Pasukan B18L negeri ini juga layak ke pusingan akhir esok setelah membenam Terengganu 22 berbalas 18. Perlawanan antara kedua negeri ini dianggap sengit kerana kedua-dua pasukan saling kejar mengejar hingga ke minit akhir perlawanan. Selangor pula terpaksa menyerahkan tiket ke pusingan akhir kepada Pahang setelah kalah 14-21 kepada pihak lawannya. 






No comments:

Post a Comment