SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA BALING MSSM, BAHAGIAN PENDIDIKAN SUKAN & SENI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Wednesday 5 June 2013

HARI KEEMPAT - 5 JUN 2013

Hari ini genap hari keempat Kejohanan Bola Baling MSSM 2013. Pada hari ini juga pasukan terus berentap merebut tempat untuk ke pusingan separuh akhir. Sebanyak 32 pasukan merangkumi kesemua kategori beradu kekuatan dalam peringkat suku akhir ini.

B12P: Negeri Sembilan menentang Pulau Pinang

Pada kategori B12P, pasukan Johor tewas kepada Selangor dengan kedudukan 5-10, manakala nasib yang sama juga diterima oleh pasukan Terengganu apabila kalah 5-9 di tangan Sabah. Negeri Sembilan dan Perak  pula memperolehi kemenangan apabila masing-masing membenam pasukan Pulau Pinang dan Sarawak. Dengan keputusan tersebut telah memberi kelayakan kepada pasukan Selangor, Sabah, Negeri Sembilan dan Perak untuk ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu pula, bagi kategori B12L memperlihatkan bagaimana pasukan Pulau Pinang menerima kekalahan teruk oleh pasukan jelapang padi iaitu Kedah apabila tewas 7 berbalas 27. Sabah juga turut menewaskan Johor 20-15. Stadium Sultan Abdul Halim ini juga gamat semasa pertarungan antara pasukan Pahang bertemu Selangor. Pasukan Selangor berjaya mempertahankan benteng pertahanan daripada dibolosi oleh pasukan Pahang dengan kedudukan 20 berbalas 18. Kelantan juga terpaksa akur kepada Perak setelah tewas dengan kedudukan mata 10-12.

B12L: Pulau Pinang bertemu Kedah...

Bersalaman...kalah menang adat pertandingan...

Walaupun tewas namun tetap mendapat sokongan penuh daripada jurulatih...
Beralih kepada kategori B18P, menyaksikan pertarungan yang tidak kurang hebatnya antara pasukan Kedah menentang Perak dengan berakhir kemenangan memihak kepada Perak 10-6. Kekalahan pasukan B12L Pahang terubat apabila pasukan B18P berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan kedudukan mata 12-5. Nasib yang sama juga dikongsi oleh Terengganu apabila pasukan B18P mereka berjaya memintas Perlis dengan keputusan 12-7. Walaupun Selangor berbangga dengan kejayaan pasukan B12P dan B12L yang layak ke pusingan separuh akhir, namun kontinjen ini terpaksa menerima kekalahan kepada Johor bagi pasukan B18P. Johor berjaya menewaskan Selangor dengan kedudukan 16 berbalas 6.



B18P: Kedah tewas kepada Perak..

Seterusnya bagi kategori B18L, Selangor sekali lagi membenam pasukan tuan rumah dengan kedudukan 21-13. Pahang juga berjaya memintas Kuala Lumpur dengan kemenangan 26 berbalas 13. Kelantan dan Perlis juga terpaksa mengundur diri daripada ke pusingan separuh akhir apabila tewas ditangan Terengganu dan Perak.

Pengadil bertugas tekun mendengar teguran daripada  Deligasi  Teknikal yang dilantik....


Untuk keputusan terkini sila klik: http://bbmssm2013.msskedah.net






No comments:

Post a Comment