SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA BALING MSSM, BAHAGIAN PENDIDIKAN SUKAN & SENI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tuesday 4 June 2013

HARI KETIGA - 4 JUN 2013


Kejohanan Bola Baling MSSM 2013 yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar telah masuk hari ketiga hari ini. Pada hari ini sebanyak 14 pertandingan yang melibatkan B12P dan B12L telah berjaya dilaksanakan. Perlawanan pada hari ini dianggap penting bagi penentuan kelayakan ke pusingan suku akhir.

Pada perlawanan pertama pagi ini memperlihatkan pasukan B12P Pulau Pinang mengalahkan pasukan Pahang dengan 16 berbalas 12. Sabah pula berjaya menewaskan pasukan Perlis 6-1, manakala pasukan Perak menundukkan Kelantan 10-5 walaupun pada separuh masa pertama Kelantan mendahului Perak dengan 5 berbalas 1.

Mara...pasukan Terengganu menentang Kuala Lumpur

Jurulatih Terengganu sedang memberi bimbingan kepada pasukan B12P...


Pada kategori yang sama juga Selangor telah menang dengan mudah apabila menundukkan pasukan tuan rumah iaitu Kedah 13 berbalas 5. Kejayaan yang sama turut dirasai oleh Terengganu dan Sarawak apabila kedua-dua pasukan ini menewaskan Kuala Lumpur dan Melaka bagi melayakkkan mara ke pusingan suku akhir esok. 

Sebanyak lapan pasukan bagi kategori B12P yang layak ke pusingan suku akhir. Pasukan yang menempa tempat ke pusingan tersebut adalah Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Perak, Sarawak, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor. Undian bagi pasukan yang layak ke suku akhir bagi kategori B12P ini telah diadakan pada jam 11.00 pagi dengan dihadiri oleh wakil kontinjen masing-masing.

Sesi undian...Pengurus-pengurus Pasukan B12P yang layak ke pusingan suku akhir





Pada hari ini juga pasukan Selangor meraikan kejayaan berganda apabila pasukan B12L layak ke pusingansuku akhir apabila berjaya membenam pasukan Melaka 26-13. Kejayaan yang sama turut dirasai oleh pasukan Perak setelah pasukan B12L turut menang mudah dengan Perlis iaitu pada kedudukan 19-4. 

Kedah menentang Sarawak

Kekalahan pasukan tuan rumah bagi B12P terubat apabila negeri ini berjaya menewaskan pasukan Sarawak 17-15. Pahang pula memperolehi kemenangan yang mudah ke atas Labuan apabila menewaskan pasukan tersebut dengan kemenangan 17 berbalas 5. Namun begitu dirasakan pasukan Labuan tetap mempamerkan kesungguhan bermain walaupun diberi peluang untuk menyertai kejohanan pada tahun ini.


Pasukan Terengganu pula terpaksa akur kepada Negeri Di Bawah Bayu apabila pasukan itu tewas 6-14 ditangan Sabah. Seterusnya Kelantan dan Johor telah memberikan kekecewaan kepada pasukan Negeri Sembilan dan Putrajaya apabila kedua-dua pasukan ini berjaya menempah tempat di suku akhir setelah menewaskan kedua-dua negeri tersebut.

Untuk keputusan yang terkini sila klik http://bbmssm2013.msskedah.net

No comments:

Post a Comment