SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA BALING MSSM, BAHAGIAN PENDIDIKAN SUKAN & SENI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Friday 4 March 2016

Daerah Sik


Sik merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Keluasan daerah Sik ialah 1635 km persegi, iaitu 17.35% dari keluasan Negeri Kedah. Daerah ini adalah daerah yang paling luas dalam negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, negara Thailand di sebelah utara, daerah Baling di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat. Kini daerah Sik ditadbir oleh Majlis Daerah Sik.

Sik berasal daripada perkataan Arab iaitu "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat pattani (selatan Thai), ia berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Mubaligh-mubaligh Arab yang menbuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sungai Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Petron sekarang, di pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darul Aman. Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah 'kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah'.

Berikut adalah diantara Hutan Lipur dan Rekreasi serta kawasan pelancongan popular yang terdapat di daerah ini :

  • Hutan Lipur Lata Lembu
  • Hutan Lipur Lata Mengkuang
  • Hutan Rekreasi Rimba Taqwa
  • Ladang Anggur Tasik Beris
  • MUDA Resort - agro-pelancongan
  • Bendang Man - agro-pelancongan
  • Lata Batu Hampar

No comments:

Post a Comment